Tuesday 20 December 2011

Tweak Review: iFile

iFile merupakna satu tool terpenting kepada mana-mana Developer (pencipta tweak/hacker) atau Themer (individu yang obses mengubahsuai Theme style iPhone) yang banyak menghabiskan masa meneroka ciri-ciri iPhone mereka dengan lebih terperinci. Melalui iFile, ia sebenarnya memberikan akses kepada sistem fail perisian iOS bagi tujuan pengubahsuaian atau modifikasi terhadap aplikasi yang terdapat di dalam iPhone.

Aplikasi iFile mempunyai nilai kesinambungan yang tidak berkesudahan. Sebagai contoh sekiranya terdapat dua themes style yang anda gemari di Cydia, dan setelah anda mencuba kedua-duanya, terdapat sedikit ciri yang anda suka manakala sebaliknya terdapat juga sedikit ciri yang anda tidak suka bagi kedua-dua themes tersebut, maka penyelesaiannya adalah melalui iFile.

Anda hanya perlu mencari kedua-dua fail themes berkenaan menggunakan iFile, daripada situ anda boleh menyalin, memadam dan memindahkan (copy/cut/move) ciri-ciri yang tidak dikehendaki atau sebaliknya di antara kedua-dua fail themes tersebut. Malah anda juga boleh mewujudkan satu lagi theme style yang baru sekiranya anda mempunyai kepakaran dan kreativiti yang tinggi dengan cara mewujudkan folder atau subfolder file dengan nama fail yang baru.

Berikut merupakan kaedah untuk memuat turun iFile daripada Cydia:

Step 1: tap ikon Cydia

Step 2: tap Search tab terletak di bahagian bawah Cydia dan type ‘iFile’

Step 3: tap pada tulisan iFile yang muncul

Step 4: Anda akan melihat iFile 1.6.1-2 (atau versi yang paling terkini) di skrin > tap Install tab di sebelah kanan atas skrin

Step 5: tap Confirm tab juga di sebelah kanan atas skrin

Step 6: anda sepetutnya dapat melihat pakej iFile sedang dimuat turun. Apabila muat turun selesai, tap Return to Cydia dan tunggu sehingga iPhone anda kembali ke lockscreen

Step 7: slide to unlock dan anda akan dapati ikon iFile di skrin

Tahniah! Anda telah berjaya memuat turun aplikasi iFile di iPhone!

Adakah anda telah memuat turun iFile? Mari berkongsi pengalaman anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...